Biasanya,
batuan asli mempunyai ciri-ciri yang menarik seperti "inclusion",
warna, kekerasan, dan bentuk yang berlainan dari batu sintetik. Untuk
pengetahuan semua, terdapat dua cara permata buatan manusia
dihasilkan. Pertama, secara sintetik dimana batuan asli dileburkan
dan dibentuk kembali dan kedua secara immitation (tiruan) iaitu
batuan asli dicampur dengan bahan lain seperti kaca. Batuan sintetik
masih lagi dianggap sebagai permata yang berharga kerana bahan
asalnya merupakan batu asli.
Perbedaan
pertama ialah, batuan sintetik biasanya tidak mempunyai "inclusion".
Inclusion ialah kesan seakan-akan retak (crack), atau buih (buble)
atau terdapat bendasing di dalam batu (seperti tourmalined and
rutilated inclusion) atau lamella (kesan seperti cap jari) atau
"microcrystalline aggreget" (seperti rekahan tetapi tidak boleh
dirasa dengan menggunakanjari).
Inclusion berbentuk bebenang berwarna putih pada blue-lace agate.
Salah satu ciri emerald (zamrud) dari Columbia ialah inclusion yang dinamakan jardin. Jardin memberi kesan seperti rekahan, buih dan/atau bintik kehitaman pada emerald
Bentuk potongan Batu permata
Batu
permata biasa dipotong atau dicanai bagi menyerlahkan kecantikan dan
keindahannya. Potongan memberikan nilai yang tinggi kepada batu
permata kerana ia menyerlahkan kilauan, memberi bentuk yang menarik,
dan menonjolkan ciri batu permata tersebut seperti luster, inclusion,
dan intrusion pada batu permata tersebut. Selain itu, potongan juga
memberikan batu permata menonjolkan warna dan kesan cahaya yang
sangat indah. Cara potongan yang paling popular terbahagi kepada lima
:
1. Brilliant Cuts
Brilliant
cut merupakan potongan yang sangat popular bagi diamond dan batu
permata yang berwarna.Potongan ini membenarkan cahaya dipantulkan
secara maksimum dan memberi kesan seperti api yang berkilauan. bentuk
yang biasa ialah oval, pear-shaped pendeloque, dan boat-shaped
marquise atau navette. Brilliant cut boleh dipotong sehingga 58 facet
dengan pelbagai bentuk seperti heart atau star.
2. Step Cuts
Step cut (atau trap cut) menonjolkan warna pada batu permata dan mempunyai bentuk segiempat atau segi empat sama. Selain itu, bentuk oktagonal juga boleh didapati dengan memotong bahagian sisi batu permata yang berbentuk segiempat sama. Potongan yang popular ialah emerald, square, radiant, octagon, oval, baguette potongan table cut. Emerald cut sangat popular bagi emerald kerana ia menyerlahkan warna dan corak dalaman batu permata tersebut.
3. Mixed Cuts
Mixed Cut biasa dipotong secara bulatan dengan bentuk crown seperti brilliant cut, dan pavilions step-cut. Sapphires dan Rubies, serta transparent colour gemstones dipotong dengan cara ini. Bentuk yang popular ialah cushion, pear atau teardrop, dan oval.
4. Fancy Cuts
Fancy cut terdapat dalam pelbagai bentuk seperti triangular, kite-shaped, lozenge-shaped, pentagonal atau hexagonal. Selain itu, terdapat dalam bentuk pear dan tear drop. Bentuk heart pula menjadi pilihan bagi hadiah kepada yang tersayang. Bentuk lainialah seperti hexagon, pentagon, trilliant, marquise, heart,stepped crown, step cut briolette, rondelle, star, scissors, twisted triangle dan pear.
5. Polishing
No comments:
Post a Comment